KEBERANIAN SAIDINA UMAR


.


Sebelum Sayyidina ‘Umar masuk Islam, Nabi saw. telah berdoa “Ya! Allah engkau kuatkanlah Islam dengan salah seorang dari dua Umar”…iaitu Umar bin Khattab dan ‘Amru bin Hisyam (Abu Jahal). Umar bin Khattab r.a. telah terpilih antara 2 Umar itu.”

Pada suatu hari, Sayyidina ‘Umar bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?
Jawab Rasulullah SAW : “Benar“.
Sayyidina ‘Umar berkata lagi : “Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?”
Kemudian mereka masuk ke Masjidil Haram membuat dua saf, satu Sayyidina ‘Umar dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang kafir Quraisy melihat ke arah mereka berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan Sayyidina ‘Umar Al-Faruq !
Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani sembahyang secara terang-terangan di Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Sayyidina ‘Umar.
Peristiwa Hijrah Sayyidina Umar
Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Sayyidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia. Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Sayyidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan:
Setelah Sayyidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa’bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka’abah menyaksikan kehadiran Umar. Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solah.
Selesai solah, Sayyidina Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. Kata Sayyidina Umar: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah.”
Kata Sayyidina Umar lagi: “Sesiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita beradu senjata di sebalik bukit ini.

Your Reply

Powered by Blogger.